Sunday, February 20, 2011

Bila aku termenung sejenak

"Manusia zaman ini boleh diumpamakan sebagai sebutir permata yang terdapat dalam lumpur. kalau kita nak bersihkan ia, kita perlu keluarkan ia dari lumpur, kemudian cuci dengan air jernih. InsyaAllah permata itu bersih. tetapi, jika kita cuci permata tersebut dalam lumpur, ia akan tetap diselaputi lumpur jua"..Inilah kata-kata yang dipetik dari ucapan seorang sahabat yang menziarahi bilikku pada suatu hari.

Sahabat ini seorang yang hebat dalam gerak kerja dakwah menyeru manusia kembali kepada kalimah "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah". Seringkali aku melihatnya menziarahi bilik sahabat-sahabat yang lain bagi mengungkapkan kalimah tauhid..

Kadang-kadang aku malu dengannya kerana aku mengaku yang aku ini orang Islam dan aku juga mengaku bahawa kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar ini dipikul oleh setiap individu yang mengucap kalimah "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah" tetapi tiada apa yang aku lakukan untuk aku jalankan "amar ma'ruf nahi mungkar"..apa bukti yang aku nak bawa sebagai jawapan dihadapan Allah kelak?

**********

Kadang-kadang, aku terfikir sejenak perihal kata-kata yang diatas. Apa yang aku fahami manusia umpama permata dan suasana masyarakat kini diumpamakan sebagai lumpur. Seorang manusia sedang berada dalam sebuah masyarakat yang tiada malu melakukan maksiat. Masyarakat yang berani menzahirkan kemaksiatan sehingga orang baik menjadi takut dan malu untuk melakukan kebaikan kerana terlalu janggal dengan kebaikan.

oleh kerana keadaan masyarakat yang terlalu hebat menentang hukum Allah, manusia perlu keluar dari masyarakat bagai permata mencari sesuatu yang jernih dan kejernihan itu mampu membersihkan sebutir permata.

Tetapi, perkara yang bermain dalam fikiranku kini, permata tersebut walau sejauh mana pun dia merantau mencari kejernihan, dia pasti kembali kepada lumpur kerana disana letak kehidupannya. Akhirnya, permata akan kembali kotor seperti sedia kala. pi mai pi mai tang tu. Lalu, apa yang perlu permata lakukan, ia perlu keluar, keluar, dan keluar setiap bulan bagi mencari kejernihan.

Adakah permata pentingkan diri?selalunya permata yang jaga lumpur dari melimpah tapi jika permata keluar, siapa yang nak jaga lumpur tu daripada melimpah?sampai bila permata perlu keluar dari lumpur?Nabi Yunus a.s bila dia lari dari kaumnya, Allah menghukum dia dengan ditelan ikan nun. Tidakkah permata rasa takut?

Tiba-tiba, terlintas dalam fikiranku. Kenapa tidak kita ubah sahaja lumpur itu menjadi air yang jernih. Bukan sekadar permata sahaja yang akan bersih bahkan batu, besi yang karat, pasir dan semacam dengannya juga turut mengalami penjernihan. Bukankah itu lebih syumul. Bukankah syumul itu sebahagian daripada ciri-ciri Islam.

Ayuh wahai pendokong Islam sekalian, kita fikirkan bersama bagaimana kita nak tukar lumpur menjadi air yang jernih.?

No comments:

Post a Comment