Monday, January 24, 2011

Boling..medan tarbiyyah diri..

Boling..
seronok bermain boling bersama sahabat-sahabat petang tadi. Saya bersama dengan sahabat-sahabat tadi bagai segolongan manusia yang telah dipilih Allah untuk menghias sebuah binaan walaupun sedikit kelewatan berlaku(cek semula tarbiyyah diri). Walaubagaimanapun, diri ini terasa bagai telah menghias binaan yang usang dengan berbagai perhiasan sehingga indah dipandang dari jarak jauh. Itulah yang dinamakan ukhuwah. Setelah sekian lama tidak bertemu, akhirnya kembali terhias ukhuwah yang telah lama terbiar usang. Semoga binaan tersebut kekal indah hingga membawa ke syurga InsyaAllah..

Boling..
Bukan mudah bermain boling. Sahabat-sahabat tadi ada yang dapat 115, ada yang dapat 90, dan ada juga yang dapat 60 mata. Macam mana boleh berbeza sedangkan manusia ini mempunyai mata, tangan serta akal yang bentuk lebih kurang sama. Itulah yang dikatakan kebolehan manusia itu berbeza. Ada yang pandai main dan ada yang x berapa pandai nak main. Ada yang sudah banyak kali main dan ada juga yang baru pertama kali bermain boling. Semuanya berbeza menurut keadaan seseorang itu. Bukankah Allah maha kuasa menciptakan manusia yang mempunyai banyak perbezaan disamping banyak juga keserasian.

Boling..
Ada orang kata "alah..boling ja.." tp bagi saya "waw, boling!". Pada saya, tersirat 1001 tarbiyyah dalam sukan boling. Ia memerlukan KEMAHUAN, TUMPUAN dan SKIL untuk menjatuhkan pin boling. 3 kombinasi ini pula amat berkaitan bagai isi dengan kuku. Kuku tanpa isi tidak tahu hendak diletak dimana. Isi tanpa kuku, alamat sakitlah jari. Mereka saling berkaitan. Tiada guna 2 tanpa yang 1. Seseorang yang mempunyai KEMAHUAN tetapi tiada skil tiada reti dia cara hendak mengguling bola boling. Seseorang yang mempunyai TUMPUAN tetapi tiada kemahuan, tidak akan ada apa-apa tindakan terhadap bola boling tersebut. Seseorang yang mempunyai SKIL tetapi tiada tumpuan, pasti tersasar bola yang digulingkan. Maka mereka ber3 amat diperlukan oleh seorang pemain boling kerana saling berkait rapat antara satu sama lain.

Boling..
Kita boleh cuba kaitkan permainan boling ini dengan kehidupan kita sebagai seorang daie. Tanpa KEMAHUAN kepada melihat masyarakat mengamalkan Islam secara syumul, segala tumpuan dan skil menjadi sia-sia malah tiada suatu tindakan pun yang akan dilakukan untuk membawa Islam ke dalam masyarakat. Tanpa TUMPUAN dalam membawa Islam ke dalam masyarakat, sasaran(mad'u) akan lari dari diri seorang daie. Tanpa SKIL dalam membawa Islam kedalam masyarakat, segala kemahuan untuk melihat masyarakat mengamalkan Islam secara syumul akan terbantut.

oleh itu, kita sama-sama muhasabah diri, adakah 3 komponen ini ada dalam diri kita sebagai individu yang menggelar diri mereka sebagai DAIE ILALLAH..

No comments:

Post a Comment