Thursday, January 20, 2011

pEmiKirAn uMAt AkhiR ZamAn

Dari kawan kepada kawan-kawan yang lain
(petikan dari kiriman lanjut e-mail seorang hamba Allah)

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, adik-adik kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

'Uncle sebelah buat apa tu Bang'

Dan secara amnya, kita akan menjawab... 'dia org tgh sembahyang atau tengah sembah Tuhan dia' jawapan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
tetapi apabila kita memberikan jawapan ... 'Dia tengah sembah Tuhan dia' kita menggambarkan pada adik kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH. Kita memberi gambaran kepada adik kita bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita...

Sedangkan kita mengucap kalimah kita 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian 'dia sedang sembah Tuhan dia'?

Sekiranya jawapan ini diteruskan.. ....maka adik kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita 'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH'

Jawaban yang sebenarnya.
'Adik, pertamanya perlu faham. Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah' ...

Jangan ambil mudah jawapan yang diberikan kepada adik, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.

Sekadar mengamalkan 'sampai dan menyampaikan'.

Sekiranya apa yang disampaikan di sini kurang baik, atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

No comments:

Post a Comment