Monday, November 15, 2010

"AKU BUKANLAH YANG SELAYAKNYA"



hari ini aku melakukan perkara yang sama lagi..
sudah berbagai cara cuba dilakukan utk mengelak dari melakukan perkara tersebut tetapi aku sentiasa GAGAL..
aku sentiasa GAGAL!!!

diri ini merasakan bagai tercabut IMAN dan ISLAM ketika melakukan perkara tersebut..
diri ini merasakan bagai x layak lagi bergelar HAMBA ALLAH..
diri ini merasakan bagai x layak lagi hendak BERJUANG..
diri ini merasakan bagai x layak bersama SAHABAT2 yg hebat dalam perjuangan..

tapi,
apakan daya..
selagi mana hidup terus dikurnia kepadaku..
selagi mana Allah memberi kepercayaan kepadaku untuk aku pikul AMANAH ini..
amanah sebagai DAIE yg diberikan Allah taala
amanah sebagai KHALIFAH di bumi milik Allah taala
akan ku pikul sekuderat yang ada..

kadang2 rasa macam nak larikan diri dari sahabat2 yang hebat dalam perjuangan..
tapi, bagaimana pula ukhuwah yang telah lama dibina..

kadang2 rasa macam hendak ditanggal sahaja amanah2 ni,
tapi, nanti apa pula hendak dijawab dihadapan Illahi..

maka dengan sekuderat yang ada, akan ku pikul juga amanah ini walau merasakan
"AKU BUKANLAH YANG SELAYAKNYA"..

ingatlah wahai diriku,
selagi nyawa belum dikerongkong,
selagi matahari belum terbit dari barat,
selagi itulah pintu taubat amat luas..
bukankah Allah maha pengampun..

No comments:

Post a Comment